 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
EKAHWIN ONLINE MAGAZINE Majalah Perkahwinan Online! Panduan perkahwinan anda. By: Jom Kahwin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 10-Aug-2007 12:44 |
Email | Share | Bookmark |
|
ZUL YAHYA DAH BERTUNANG
|
|
ZUL YAHYA DAH BERTUNANG!
Jeng… Jeng… Jeng... Kabir Hero Kabir Zero, Zul Yahya telah bertunang dengan gadis pilihannya
baru-baru ini. Menurut Zul, 37 tahun majlis pertunangan berlangsung pada 30 Jun lalu, tapi
tarikh yang dicetak di gambar ialah 1 Julai 2007. Tak kisahlah, asalkan perkara yang
dilakukannya adalah benda yang baik!
Zul memberitahu, majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan dia tiada niat
langsung untuk sorokkannya. Dia enggan menghebohkan perkara itu kerana ia masih diperingkat
awal, dan belum ada apa-apa lagi. Namun, gambar pertunangannya yang tersebar luas di
internet membuatkan Zul sedikit terkejut tetapi tidak menghalangnya.
"Sebagai seorang yang waras, keinginan untuk berkahwin itu memang ada. Insyaallah, kalau
tiada aral melintang, majlis perkahwinan saya akan berlangsung akhir tahun ini. Saya akan
buat majlis di kampung saya di Ipoh, Perak. Dan ketika itu, saya akan jemput semua", Zul
Yahya.
Zul yang mempunyai sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam tidak mahu mengulas lanjut
mengenai gadis bertuah yang berjaya memikat hatinya. Dia hanya menyatakan bahawa gadis itu
bukan orang seni dan berasal dari Kedah. Takpelah Zul, satu hari nanti semua orang akan
tahu. Apa pun, tahniah kepada Zul dan tunangan yang kita tak tahu namanya.
Nak Gambar Lagi? Click Here!
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|