 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
EKAHWIN ONLINE MAGAZINE Majalah Perkahwinan Online! Panduan perkahwinan anda. By: Jom Kahwin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 24-Jul-2007 12:38 |
Email | Share | Bookmark |
|
MAJLIS PERTUNANGAN NING BAIZURA
|
|
MAJLIS PERTUNANGAN NING MERIAH
Ning Baizura kini telah bergelar tunangan orang apabila disunting oleh Omar Sharif
Christopher Layton Dalton, 33, yang berasal dari England. Majlis yang berlangsung di Shah
Alam pada 19 Julai lalu, meriah dengan kehadiran lebih 300 orang tetamu serta disulami
dengan acara berbalas pantun..
Pasangan ini berkenalan di majlis perkahwinan seorang rakan di Bali, Indonesia September
tahun lalu. Ning mengakui hubungan mereka berputik dari cinta pandang pertama dan masih
belajar mengenali hati masing-masing. Sebaik saja Ning membawa pulang Omar untuk
diperkenalkan kepada ibubapanya, hubungan mereka terus direstui oleh ibu dan bapa Ning.
Bapanya menganggap Omar sebagai lelaki inggeris yang mempunyai ciri-ciri orang timur, juga
merupakan satu hadiah dari Ning.
Pada majlis yang penuh dengan adat istiadat melayu itu, pihak lelaki telah menyerahkan 5
dulang hantaran dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak Ning Baizura. Pihak lelaki diketuai
oleh Datuk Ramli Shamsuddin manakala Abdullah Mohd Syarif mewakili Sheikh Hamzah Ahmad, bapa
Ning dalam majlis tersebut. Ibu angkat Omar, Datin Farida Hashim, telah menyarungkan cincin
pertunangan bertatahkan berlian jenama Cartier ke jari Ning. Ning tampak anggun berseri
dalam sepasang baju kurung putih rekaan Michael Ong.
Omar ialah seorang Pengurus Perunding di Landmark Graphics (M) Sdn Bhd, memeluk islam pada 4
Julai lalu di Islamic Outreach, Ampang. Menurut Ning, mereka berdua juga akan bersama-sama
belajar mendalami Islam melalui bimbingan bapanya serta menghadiri kursus di Islamic
Outreach. Ning akan ke England untuk bertemu keluarga Omar pada bulan Ogos ini, dan
merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun depan.
Click Here to view more photos!
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|