Want your
own Fotopage?










 
EKAHWIN ONLINE MAGAZINE
Majalah Perkahwinan Online! Panduan perkahwinan anda.
By: Jom Kahwin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Dec-2006 22:07 Email | Share | Bookmark
PERKAHWINAN AZIZ SATAR



Pelakon veteran Aziz Sattar, 81, selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Hashimah Delan, 48, di Masjid Negeri Shah Alam, pagi tadi. Dengan hanya sekali lafaz, Aziz Sattar atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Aziz sah menjadi suami kepada Hashimah, yang mula dikenalinya kira-kira setahun lalu. Hashimah berwalikan adiknya, Mohd Shukri Delan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Khairuddin Haiyon sambil disaksikan oleh adinda Sultan Selangor Tengku Panglima Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah dan pelakon Datuk Ismail Hudson. Hashimah menerima mas kahwin sebanyak RM100 serta wang hantaran, RM 5,000. Pak Aziz juga turut menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Pak Aziz dan isteri tiba kira-kira jam 8.30 malam dengan kereta Rolls Royce, kepunyaan Pengerusi Eksekutif Saloma Bistro Datuk Syed Yusof Tun Syed Nasir (Jojo) sambil disambut dengan paluan kompang.

Senyuman ceria terukir di wajah pengantin yang mengenakan pakaian songket sedondon berwarna hijau epal, tajaan Hajah Ruhani Abdul Rahman dan disandingkan di atas pelamin indah yang disediakan oleh Kamal Aziz dan Sham dari Seri Andaman Mahligai Kencana.



Majlis persandingan itu sememangnya juga turut mencatat sejarah tersendiri mendapat paling banyak tajaan itu daripada pelbagai pihak.

Kad undangan perkahwinan Pak Aziz ditaja oleh Betty Banafe, manakala Tim's Catering pula telah menaja pulut kuning dan hidangan pengantin. Jambangan bunga disediakan oleh Wahid Nasir dari Heart to Heart manakala pakaian 'flower girls' adalah tajaan Syanie Hisham.




Jalaluddin Hassan turut menyediakan satu hidangan istimewa khas 'kebab' untuk tetamu yang hadir pada malam itu.

Selain itu, beberapa barangan lain juga turut ditaja oleh orang perseorangan, ahli kenamaan dan beberapa persatuan untuk majlis tersebut seperti bunga telur, telur pindang, dodol, bahulu, wajik dan beg cenderahati.



Antara yang memberikan sumbangan ialah penerbit filem Hajjah Ruhani Abdul Rahman, Habsah Hassan, Rubiah Suparman, Syanie Hisham, Jalaluddin Hassan, Rosyam Nor, Ziela Jalil, Deja Moss, Rahimah Rahim, Noniswara, Nash Lefthanded, Helmi Gimmick, Zaibo, Imuda, Salwa Abdul Rahman dan Yusni Jaafar.

Datuk Syed Yusof Tun Syed Nasir juga telah membiayai sebahagian dari kos penginapan rombongan keluarga Pak Aziz di Hotel Concorde Kuala Lumpur dan juga pakej berbulan madu ke Langkawi.

Penerbit Metrowealth Movies Productions (MMP) David Teo juga bermurah hati menaja cenderahati iaitu kalendar eksklusif Aziz Sattar, manakala beberapa badan korporat lain telah menaja minuman herbal Unicorn, pentas dan sistem bunyi beserta enam skrin besar.





Lebih banyak gambar... Klik Sini!



Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.