 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
EKAHWIN ONLINE MAGAZINE Majalah Perkahwinan Online! Panduan perkahwinan anda. By: Jom Kahwin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 10-Dec-2006 05:13 |
Email | Share | Bookmark |
|
PERKAHWINAN LINDA RAFAR
|
|
Dengan sekali lafaz, Syed Kamarulzaman Syed Mahmood, 31, sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar, 28, pada upacara akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 2 Disember 2006.
Pasangan itu diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan, Khairuddin Hayun, pada jam 9.43 pagi.
Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar mengenakan kurung moden putih lengkap bertudung rekaan Shahrul Nurdin kelihatan menitiskan air mata sebaik saja akad dilafazkan.
Pelakon drama Dua Hati itu menerima mas kahwin sebanyak RM111 berserta wang hantaran RM11,111.11. Syed Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama Syed Aiman dalam dunia lakonan, menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan dengan berbalas sembilan.
Perkahwinan ini adalah yang kedua bagi kedua-dua artis terbabit. Selepas majlis pernikahan, pasangan mempelai itu dirai dalam jamuan untuk sanak-saudara dan sahabat handai di kediaman Linda di Seksyen 9, Shah Alam pada jam 12 tengah hari.
Majlis persandingan khas buat teman artis dan rakan media pula akan diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Disember.
Linda bertemu jejaka dari Kelantan itu sewaktu menjalankan tugasan membabitkan pengurusan majlis di Bintulu, Sarawak. Sejak itu, mereka sering bekerjasama dan menjadi teman rapat hingga menimbulkan bibit cinta.
Pasangan ini akan terbang ke Bandung, Indonesia, selama empat hari mulai Isnin ini sebagai percutian pertama mereka, diikuti bulan madu di sebuah tempat yang belum diputuskan, pada tahun depan.
klik sini untuk lebih banyak gambar...
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|