 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
EKAHWIN ONLINE MAGAZINE Majalah Perkahwinan Online! Panduan perkahwinan anda. By: Jom Kahwin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 1 [2] > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Nov-2006 20:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PERKAHWINAN FAZLEY
|
|
Alhamdulillah. Kita bersyukur ke hadrat Allah swt. Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang di atas limpah rahmatNya yang telah menentukan penyatuan suci dua jiwa yang saling mencintai.
Pada 7 November 2006 bersamaan 15 Syawal 1427 selebriti kesayangan anda Dr. Fazley Yaakob telah selamat diijabkabulkan dengan puteri pilihan hatinya Azrene Soraya. Mereka telah ditunangkan terlebih dahulu pada pukul 12 tengahari dan acara pernikahan dilangsungkan pada 2.30 petang di Masjid Saidina Abu Bakar Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Pasangan suami isteri ini dengan penuh kesyahduan memohon doa dan restu dari semua ahli keluarga, saudara-mara, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali mereka. Alhamdulillah.
ARTIS GLAMER, Klik Sini...
ORKIDLAH, Klik Sini...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Oct-2006 23:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PERKAHWINAN AWIE
|
|
TAHNIAH AWIE!
Semoga berkekalan ke anak cucu...
KLIK SINI...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Sep-2006 15:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PERKAHWINAN SITI NURHALIZA
|
|
Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
Majlis pertunangan dan pernikahan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 21 Ogos depan. Manakala majlis persandingan pula diadakan pada 28 Ogos di Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC) dan 3 September di Kuala Lipis, Pahang. Satu perarakan berkuda telah dirancang khas untuk para peminat Siti pada petang 28 Ogos di KLCC. Kebetulan pada 28 Ogos itu adalah ulangtahun perkahwinan ibubapa Siti yang ke 38.
Menurut Siti, dia mula rapat dengan Datuk Khalid semenjak sekembalinya dari konsert di Royal Albert Hall, London. Perkara utama yang menyebabkan Siti terpaut hati dengan Datuk Khalid ialah sikap kasih sayang beliau pada anak-anak. Datuk Khalid mempunyai 4 orang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri beliau Tengku Zawyah Tengku Izham, iaitu yang sulong Mohd Anas Zawari berumur 19 tahun, Mohd Adib 16 tahun, Mohd Asraf 14 tahun dan yang bongsu Mohd Azif 8 tahun. Kesemua mereka berada di Kuala Lumpur kecuali Mohd Anas sedang menuntut di Australia.
Datuk Khalid pula berkata dia terpikat pada Siti kerana Siti mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri tetapi enggan menjelaskannya dengan lebih lanjut. Beliau juga menafikan cerita tentang cincin bernilai RM500,000 dan majlis perkahwinan yang menelan belanja RM5 juta. Walaubagaimanapun menurut Datuk Khalid, majlis tersebut akan diadakan dengan sederhana tetapi meriah.
Lebih banyak gambar, klik sini!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Apr-2006 04:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PERKAHWINAN ADY PUTERA
|
|
Pelakon Ady Putra mengaku popularitinya semakin menurun setelah bernikah in April. Katanya, puncanya ialah pihak media jarang atau tidak sering lagi menghubunginya untuk mengadakan sebarang fotografi atau temu bual.
"Saya tahu ada wartawan mengatakan saya cuba menipu apabila enggan berterus terang pada awalnya mengenai majlis saya itu. Bagaimanapun, apabila berita nikah saya dihebahkan oleh satu dua media, ada yang menganggap saya tidak bercakap benar.
"Memang saya sudah ada isteri, kahwin di selatan tanah air (Johor Bahru) tanpa mengundang press. Pihak kedua-dua keluarga mahu majlis ini dihadiri olehkaum keluarga terdekat. Tu saja. Saya bukan sorok-sorok."
Ady sedih kerana setelah kahwin dengan Aida, yang juga janda bekas seorang penyanyi, ada mulut laser didakwa mengatakan, sebagai warga Singapura, Ady mahu berkahwin dengan rakyat Malaysia untuk mendapat peluang berlakon lebih luas. Tambah lagi, Aida itu seorang produser.
klik sini untuk lebih banyak gambar...
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 1 [2] > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|