Want your
own Fotopage?








 
EKAHWIN ONLINE MAGAZINE
Majalah Perkahwinan Online! Panduan perkahwinan anda.
By: Jom Kahwin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Sep-2007 12:28 Email | Share | | Bookmark
ERRA & ENGKU EMRAN BERTUNANG

ERRA & ENGKU EMRAN BERTUNANG


Erra Fazira, 33, bakal menamatkan zaman janda apabila menerima pinangan dari pihak jejaka
pilihan hatinya, Engku Emran Dato Engku Zainal Abidin, 32, Ketua Pegawai Operasi (COO)
SuriaFm di kediaman Erra, yang terletak di Damansara Kim pada petang Jumaat lalu..


Mereka telah menjalinkan hubungan selama tiga bulan, bersepakat untuk mengikat tali
pertunangan dalam suasana yang sederhana. Namun begitu, kemeriahan dan glamer tidak dapat
dipisahkan dari kehidupan Erra yang dianggap primadona filem melayu hari ini. Turut hadir
ialah Umie Aida, Zahida Rafik, Zaibo, Raja Alawiyah, Habsah Hasan, Rubiah Suparman, beberapa
kenalan dan keluarga terdekat.


Erra melahirkan kesyukurannya kerana majlis pertunangan berjalan dengan selamat. Ini
merupakan pertunangan ketiga Erra yang pernah bertunang dengan Awie dan Yusry KRU. Beliau
juga menyatakan kelegaan kerana dapat bebas dari segala tohmahan dan kini mahu pandang ke
hadapan kearah kebahagiaan.


Majlis pertunangan Erra-Emran bermula pada jam 3.45 petang dan dihadiri oleh lebih kurang
100 orang tetamu yang membanjiri rumah teres dua tingkat Erra itu. Rombongan pihak lelaki
seramai 30 orang hadir berpakaian biru kehijauan, diketuai oleh bapa saudara Emran, Engku
Abu Bakar Engku Ngah. Mereka telah membawa lima buah hantaran iaitu sebentuk cincin tunang
emas putih bertatah berlian, sebentuk cincin risik emas putih, tepak sirih, sepasang
persalinan, sepasang kasut serta sebiji kek.


Pihak perempuan yang terdiri dari 50 orang diwakili oleh Mohamed Jusoh (ayah saudara kepada
Engku Emran) yang berpakaian krim coklat. Mereka membalas dengan tujuh dulang bekas hantaran
yang berisi tepak sirih, sepasang sampin songket, kemeja, songkok, butang baju melayu,
sepasang kasut, buah-buahan dan coklat.


Pada majlis itu, pihak perempuan tidak menetapkan berapa wang hantaran, malah hanya meminta
senaskah Al-Quran. Ibu Engku Emran, Toh Puan Salmah Hj Abdullah telah menyarungkan cincin ke
jari manis Erra. Erra bagaikan seorang puteri yang sedang menanti di atas pelamin yang
bertemakan warna krim dan putih dengan hiasan jambangan bunga mawar merah berlatarkan kain
sutera berombak.


Erra kelihatan jelita dalam busana krim, putih hasil rekaan pereka muda Jovian Mandage.
Wajahnya sungguh ayu selendang renda warna putih suci. Emran pula kelihatan simple dengan
kemeja putih berseluar 'slack' hitam juga berada di perkarangan rumah Erra. Menurut Erra,
mereka akan berkahwin "paling awal selepas Hari Raya dan paling lambat bulan Disember."


Nak Gambar Lagi? Click Here!



hiii... Jom relax di sri dahlia spa... Special spa pengantin dan spa bersalin.. Less 50%. Semuanya di bwh 1 bumbung.. Spa hair... Face... Body... More detail NOOR 016 602 7253.. Jom tgk celebriti berinai bersama dahlia di http://sridahlia.blogspot.com Tue 23-Feb-2010 06:54
Posted by:noor
Masih mencari cenderahati untuk majlis perkahwinan anda..
Durian runtuh kini kembali lagi...Dapatkan diskaun 20 %..
Cepat..cepat...dapatkan harga promosi..

Promosi akan bermula pada 8 - 19 April 2010..
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!
Kami masih menerima tempahan untuk majlis pada bulan Jun..

Kunjungi www.duriankahwin.com untuk maklumat lanjut..
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di duriankahwin@gmail.com
atau 0162149995 ataupun berinteraksi dengan saya di YM. YM id saya adalah nuownz.
Kami akan membantu anda.


Wed 7-Apr-2010 05:48
Posted by:Duriankahwin.com  - [Link]
SALAM SEMUA RAKAN2..SAYA CUMA NAK SHARE..UMUR SAYA HAMPIR 40 TAHUN DAN BERAT BADAN SAYA 95KG SEBELUM NI...TAPI setelah MENCUBA MCM2 CARA MAKA SAYA JUMPALAH SD2 ..MEMANG BAIK SUSU NI...DALAM MASA 8 MINGGU BERAT SAYA TURUN sebanyak 13kg..SETELAH MENGETAHUI KEBAIKKAN PRODUK INI MAKA SAYA INGIN BERKONGSI DENGAN RAKAN2 DILUAR SANA SETELAH SAYA SENDIRI MENJADI TESTIMONINYA...019 3646707 FOR DETAIL Mon 12-Jul-2010 09:22
Posted by:Zue  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Friday, 10-Aug-2007 12:44 Email | Share | | Bookmark
ZUL YAHYA DAH BERTUNANG

ZUL YAHYA DAH BERTUNANG!


Jeng… Jeng… Jeng... Kabir Hero Kabir Zero, Zul Yahya telah bertunang dengan gadis pilihannya
baru-baru ini. Menurut Zul, 37 tahun majlis pertunangan berlangsung pada 30 Jun lalu, tapi
tarikh yang dicetak di gambar ialah 1 Julai 2007. Tak kisahlah, asalkan perkara yang
dilakukannya adalah benda yang baik!

Zul memberitahu, majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan dia tiada niat
langsung untuk sorokkannya. Dia enggan menghebohkan perkara itu kerana ia masih diperingkat
awal, dan belum ada apa-apa lagi. Namun, gambar pertunangannya yang tersebar luas di
internet membuatkan Zul sedikit terkejut tetapi tidak menghalangnya.

"Sebagai seorang yang waras, keinginan untuk berkahwin itu memang ada. Insyaallah, kalau
tiada aral melintang, majlis perkahwinan saya akan berlangsung akhir tahun ini. Saya akan
buat majlis di kampung saya di Ipoh, Perak. Dan ketika itu, saya akan jemput semua", Zul
Yahya.

Zul yang mempunyai sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam tidak mahu mengulas lanjut
mengenai gadis bertuah yang berjaya memikat hatinya. Dia hanya menyatakan bahawa gadis itu
bukan orang seni dan berasal dari Kedah. Takpelah Zul, satu hari nanti semua orang akan
tahu. Apa pun, tahniah kepada Zul dan tunangan yang kita tak tahu namanya.


Nak Gambar Lagi? Click Here!



PERSATUAN KOMPANG "WARISAN SRI DELIMA"
(KG MELAYU SUBANG)"
(017-6197327,012-609 0734,012-2002491)

HTTP;//WARISAN_SRI_DELIMA@YAHOO.COM
WWW.WARISAN COMUNITY.COM

P/S; ""KAMI BUKAN YG PERTAMA..TAPI YG TERBAIK""
Sat 3-Jan-2009 03:18
Posted by:mr mato2
Add comment


Tuesday, 24-Jul-2007 12:38 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERTUNANGAN NING BAIZURA

MAJLIS PERTUNANGAN NING MERIAH


Ning Baizura kini telah bergelar tunangan orang apabila disunting oleh Omar Sharif
Christopher Layton Dalton, 33, yang berasal dari England. Majlis yang berlangsung di Shah
Alam pada 19 Julai lalu, meriah dengan kehadiran lebih 300 orang tetamu serta disulami
dengan acara berbalas pantun..
Pasangan ini berkenalan di majlis perkahwinan seorang rakan di Bali, Indonesia September
tahun lalu. Ning mengakui hubungan mereka berputik dari cinta pandang pertama dan masih
belajar mengenali hati masing-masing. Sebaik saja Ning membawa pulang Omar untuk
diperkenalkan kepada ibubapanya, hubungan mereka terus direstui oleh ibu dan bapa Ning.
Bapanya menganggap Omar sebagai lelaki inggeris yang mempunyai ciri-ciri orang timur, juga
merupakan satu hadiah dari Ning.

Pada majlis yang penuh dengan adat istiadat melayu itu, pihak lelaki telah menyerahkan 5
dulang hantaran dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak Ning Baizura. Pihak lelaki diketuai
oleh Datuk Ramli Shamsuddin manakala Abdullah Mohd Syarif mewakili Sheikh Hamzah Ahmad, bapa
Ning dalam majlis tersebut. Ibu angkat Omar, Datin Farida Hashim, telah menyarungkan cincin
pertunangan bertatahkan berlian jenama Cartier ke jari Ning. Ning tampak anggun berseri
dalam sepasang baju kurung putih rekaan Michael Ong.

Omar ialah seorang Pengurus Perunding di Landmark Graphics (M) Sdn Bhd, memeluk islam pada 4
Julai lalu di Islamic Outreach, Ampang. Menurut Ning, mereka berdua juga akan bersama-sama
belajar mendalami Islam melalui bimbingan bapanya serta menghadiri kursus di Islamic
Outreach. Ning akan ke England untuk bertemu keluarga Omar pada bulan Ogos ini, dan
merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun depan.




Click Here to view more photos!




PERSATUAN KOMPANG "WARISAN SRI DELIMA"
(KG MELAYU SUBANG)"
(017-6197327,012-609 0734,012-2002491)

warisan_sri_delima@yahoo.com
http;//warisan comunity.com

P/S; ""KAMI BUKAN YG PERTAMA..TAPI YG TERBAIK""
Wed 17-Dec-2008 06:01
Posted by:mr mato2
Add comment


Tuesday, 17-Jul-2007 12:17 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN EIZLAN YUSOF

 
 
PERKAHWINAN EIZLAN YUSOF
Contributed by Naz @ Sepang


7 Julai 2007 atau 7.7.07 adalah hari bersejarah bagi pelakon kacak, Eizlan Yusof, 36 dan V
Shantie Haroon, 21. Malah, tarikh hari lahir mereka berdua juga didalam bulan 7, Eizlan 14
Julai & Shantie 26 Julai…

Mereka hanya berkenalan selama 6 bulan. Eizlan telah melamar Shantie semasa beliau berada di
Cannes April tahun lalu melalui telefon.

Mereka telah bergelar suami-isteri yang sah di satu majlis di rumah Shantie di King Fisher,
Kota Kinabalu.

Cincin perkahwinan dibeli di Cannes, Paris. Mereka turut memotong kek 7 tingkat.

Pihak lelaki telah menghantar 7 dulang untuk pihak perempuan. Antara hantaran yang diberi
oleh pihak lelaki ialah sejadah, telekung, sirih junjung, beg tangan “Fendi’, kasut
Salvatore Ferragamo dan set barang-barang kemas.

Wang hantaran perkahwinan berjumlah RM77,777.77 turut diberikan.

Majlis perkahwinan diadakan di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.



Abadikan Impianmu dengan iCatcher. Open for booking 2008

http://www.icatcher.com.my
http://icatcher.fotopages.com
Capture Your Inspirations
Thu 27-Sep-2007 16:00
Posted by:icatcher  - [Link]
Penyewaan peralatan untuk apa jua majlis (johor) Fri 11-Mar-2011 03:36
Posted by:Roziah
Add comment


Friday, 26-Jan-2007 23:42 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN ALEEZA KASSIM



Semoga berbahagia ke anak cucu...





Gambar Lagi???


sila klik http://d-ina-pengantin.blogspot.com

blog perkahwinan negeri cik ct 1 kembang....
Tue 23-Jun-2009 08:37
Posted by:d ina pengantin  - [Link]
semoga kekal abadi (^,^) Wed 16-Dec-2009 12:49
Posted by:laili
A'kum kepada semua yang telah melawati laman-web Kimie Kajang Sri Andaman. Pada 13/10/09 saya telah pergi ke Butik Pengantin Kimie Kajang cawangan Bandar Baru Salak Tinggi...Service memang "Excellent"....Pada hari persandingan saya (13/12/09) baru2 ni ada 2 pasang pengantin, iaitu saya dan kakak saya. Kakak saya telah disolek oleh orang lain dan saya telah disolek oleh Kak Sheila dari Kimie Kajang...Makeup Kimie Kajang memang cantik dan puas hati berbeza dari makeup kakak saya yang telah disolek oleh juru-makeup dari butik yang lain...Para tetamu yang hadir terutama kengkawan saya semua memuji saya cantik, lawa & baju meletoppp!!!...Ini yang seorang kaum hawa inginkan..dipuja & dipuji...Thanks Kak Sheila kerana bertungkus-lumus serta berkerja keras pada hari persandingan saya....Saya memang puas hati..Berbaloi ambil Kimie Kajang...Suatu hari nanti kalau saya ada anak nak kawin..Comfirm ambil Kimie Kajang....TERIMA KASIH KAK SHEILA...Kini Saya Bergelar Isteri Orang Dahh!!!... Thu 21-Jan-2010 04:01
Posted by:Dilla  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 17-Dec-2006 22:07 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN AZIZ SATAR



Pelakon veteran Aziz Sattar, 81, selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Hashimah Delan, 48, di Masjid Negeri Shah Alam, pagi tadi. Dengan hanya sekali lafaz, Aziz Sattar atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Aziz sah menjadi suami kepada Hashimah, yang mula dikenalinya kira-kira setahun lalu. Hashimah berwalikan adiknya, Mohd Shukri Delan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Khairuddin Haiyon sambil disaksikan oleh adinda Sultan Selangor Tengku Panglima Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah dan pelakon Datuk Ismail Hudson. Hashimah menerima mas kahwin sebanyak RM100 serta wang hantaran, RM 5,000. Pak Aziz juga turut menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Pak Aziz dan isteri tiba kira-kira jam 8.30 malam dengan kereta Rolls Royce, kepunyaan Pengerusi Eksekutif Saloma Bistro Datuk Syed Yusof Tun Syed Nasir (Jojo) sambil disambut dengan paluan kompang.

Senyuman ceria terukir di wajah pengantin yang mengenakan pakaian songket sedondon berwarna hijau epal, tajaan Hajah Ruhani Abdul Rahman dan disandingkan di atas pelamin indah yang disediakan oleh Kamal Aziz dan Sham dari Seri Andaman Mahligai Kencana.



Majlis persandingan itu sememangnya juga turut mencatat sejarah tersendiri mendapat paling banyak tajaan itu daripada pelbagai pihak.

Kad undangan perkahwinan Pak Aziz ditaja oleh Betty Banafe, manakala Tim's Catering pula telah menaja pulut kuning dan hidangan pengantin. Jambangan bunga disediakan oleh Wahid Nasir dari Heart to Heart manakala pakaian 'flower girls' adalah tajaan Syanie Hisham.




Jalaluddin Hassan turut menyediakan satu hidangan istimewa khas 'kebab' untuk tetamu yang hadir pada malam itu.

Selain itu, beberapa barangan lain juga turut ditaja oleh orang perseorangan, ahli kenamaan dan beberapa persatuan untuk majlis tersebut seperti bunga telur, telur pindang, dodol, bahulu, wajik dan beg cenderahati.



Antara yang memberikan sumbangan ialah penerbit filem Hajjah Ruhani Abdul Rahman, Habsah Hassan, Rubiah Suparman, Syanie Hisham, Jalaluddin Hassan, Rosyam Nor, Ziela Jalil, Deja Moss, Rahimah Rahim, Noniswara, Nash Lefthanded, Helmi Gimmick, Zaibo, Imuda, Salwa Abdul Rahman dan Yusni Jaafar.

Datuk Syed Yusof Tun Syed Nasir juga telah membiayai sebahagian dari kos penginapan rombongan keluarga Pak Aziz di Hotel Concorde Kuala Lumpur dan juga pakej berbulan madu ke Langkawi.

Penerbit Metrowealth Movies Productions (MMP) David Teo juga bermurah hati menaja cenderahati iaitu kalendar eksklusif Aziz Sattar, manakala beberapa badan korporat lain telah menaja minuman herbal Unicorn, pentas dan sistem bunyi beserta enam skrin besar.





Lebih banyak gambar... Klik Sini!


Add comment


Sunday, 10-Dec-2006 05:13 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN LINDA RAFAR



Dengan sekali lafaz, Syed Kamarulzaman Syed Mahmood, 31, sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar, 28, pada upacara akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 2 Disember 2006.

Pasangan itu diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan, Khairuddin Hayun, pada jam 9.43 pagi.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar mengenakan kurung moden putih lengkap bertudung rekaan Shahrul Nurdin kelihatan menitiskan air mata sebaik saja akad dilafazkan.

Pelakon drama Dua Hati itu menerima mas kahwin sebanyak RM111 berserta wang hantaran RM11,111.11. Syed Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama Syed Aiman dalam dunia lakonan, menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan dengan berbalas sembilan.

Perkahwinan ini adalah yang kedua bagi kedua-dua artis terbabit. Selepas majlis pernikahan, pasangan mempelai itu dirai dalam jamuan untuk sanak-saudara dan sahabat handai di kediaman Linda di Seksyen 9, Shah Alam pada jam 12 tengah hari.

Majlis persandingan khas buat teman artis dan rakan media pula akan diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Disember.

Linda bertemu jejaka dari Kelantan itu sewaktu menjalankan tugasan membabitkan pengurusan majlis di Bintulu, Sarawak. Sejak itu, mereka sering bekerjasama dan menjadi teman rapat hingga menimbulkan bibit cinta.

Pasangan ini akan terbang ke Bandung, Indonesia, selama empat hari mulai Isnin ini sebagai percutian pertama mereka, diikuti bulan madu di sebuah tempat yang belum diputuskan, pada tahun depan.





klik sini untuk lebih banyak gambar...


Add comment


Tuesday, 5-Dec-2006 23:59 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN NASH


Nash & Sosilawati Lawiya

SELAMAT PENGANTIN BARU NASH!




MORE PHOTOS? Click Here...


Add comment


Saturday, 11-Nov-2006 23:49 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN NOORKHIRIYAH



Pelakon air mata, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 30, sah menjadi isteri kepada Azfaizul Ahtan, 29, pada majlis ringkas di rumahnya di Taman Muhibah, Jalan Cheroh, Raub jam 4.30 petang.

Majlis pernikahan yang dilakukan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Daerah Gali 2/Teras, Raub, Ab Ghani Hilmi Mohd Deli itu menamatkan keresahan pelakon bertubuh kecil itu yang ternyata gementar menjelang saat akhir sebelum bergelar isteri.

"Syukur kerana segala-galanya berjalan lancar dan saya tak nafikan, berasa sedikit gementar ketika Zul mahu melafazkan akad nikah.

Gagal menyembunyikan kegembiraannya, Noorkhiriah yang jelita disolek Ferri Karisma dan berpakaian sedondon berwarna krim keemasan tajaan Butik Pesona Anggun, sentiasa tersenyum dan ramah melayan tetamu yang hadir.

Majlis persandingan bermula jam 1.30 tengah hari itu, turut disaksikan ramai rakan artis yang datang dari Kuala Lumpur termasuk Arash, Aida Aris bersama kekasihnya - Zul, Linda Hashim, Liza Abdullah, Zaibo, Norseha, Anne Ngasri, Emma dan Kasmadiana.




Klik Sini...


Anda mencari jurugambar untuk majlis bahagia anda? Jika ya, sila lawati kami di http://www.eyesonyou.8k.com untuk melihat pakej yang kami tawarkan atau terus ke http://eyesonyou.fotopages.com untuk melihat galeri foto perkahwinan kami. Anda juga bole menghubungi saya di 012-222 4307 / 012-3847184 (Radzi) untuk tempahan atau pertanyaan. Sun 13-May-2007 06:26
Posted by:radzi  - [Link]
Untuk minggu ini, Duriankahwin.com melancarkan Promosi 30% untuk Notepad & Kipas
Promosi dari 11 Mei sehingga 19 Mei 2009 sahaja.
Jangan lepaskan promosi DURIAN RUNTUH ini!
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di admindkc@gmail.com
atau 0162149995 ataupun berinteraksi dengan saya di YM. YM id saya adalah nuownz.
Kami akan membantu anda.
Jgn lepaskan peluang anda...kunjungila beramai2 di http://www.duriankahwin.com/
Tue 12-May-2009 03:37
Posted by:Duriankahwin.com  - [Link]
Add comment


Friday, 10-Nov-2006 23:45 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN SAZZY FALAK



Pengacara dan pelakon terkenal, Sazzy Falak, 25, selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Nazril Idrus, 32, di rumah bapa Sazzy yang terletak di Damansara, malam semalam 10 November 2006.

Pengantin baru ini juga bakal diraikan di majlis persandingan gilang-gemilang di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada harini 11 November ini dan di Hotel Sheraton, Subang pada keesokan harinya. Manakala majlis persandingan dari pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 18 November ini di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay.




More Photos, Click Here!


cantikk...
nia suke tgok...
Mon 8-Jun-2009 04:58
Posted by:rania
cantikknya!

semoga berbahagia ke anak cucu!
Wed 16-Dec-2009 12:55
Posted by:laili
http://banknet.biz/ Thu 7-Jul-2011 00:39
Posted by:dsfffsgss
View all 5 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen3.pidgintech.com